Friday, March 12, 2010
Taddaaaa....

Akhirnya...

Setelah penat bertungkuh-lumuih mengusung cik Acer Black mini iejay ke hulu dan ke hilir, menaip di mana saja... di dalam LRT, dalam kereta, tepi jalan, kedai makan, etc (ya iejay memang poyo kerana dimana-mana aje dia boleh menaip bila dia rajin.... hahaha)...


Setelah manuskrip pun pergi - balik, back and forth antara si penulis dan syarikat penerbitan untuk di edit sana-sini...


Setelah berYm-YMing dan berFB-FBian, chating-chatingan dengan Kak Su my beloved editor dan Kak Yatie the big bos of NBKara...


Inilah dia hasilnya...





Ramai yang fikir cinta datang semula jadi. Cukup kalau kita mencintai seseorang dan orang itu mencintai kita. Ada pula orang rasa cinta memerlukan petua dan harus diikuti supaya orang yang bercinta tidak kecewa.

Bagi Adriana, cinta itu seperti resipi. Perlu diikuti dengan peraturan tertentu dan cinta itu akan menjadi seronok dan sesedap resipi yang sering dicubanya. Namun selepas berkahwin Adriana barus edar cinta dan resipi itu sebenarnya tidak sama. Resipi boleh diubah sesuka hati oleh yang menciptanya. Tetapi cinta memerlukan dua orang yang berlainan jiwa dan rasa bekerjasama.

Pelbagai dugaan rumah tangga menyedarkan Adriana persamaan resipi masakan dan resipi rumah tangga hanyalah satu... iaitu kesabaran.




Hikayat ceritera cinta Adriana dan Erdyzuan ini
 kini sudah pun dibukukan
&
Bakal
menemui anda semua di
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF)

mulai 19 Mac 2010

di booth G06, G07 Hall Tun Razak 2
(Seberang Sungai- Berdekatan Pintu Masuk Bersebelahan Dengan Kaunter Informasi).


Harga?
RM21.50 aje...

Beli tau... Ahaks...


p/s: Thanks A Lot to teman bloggers iejay Rosmarlina Abd Gani di Osaka Jepun
kerana sudi memberi keizinan resipi-resipi dia yang
yummy licious di websitenya
 
http://www.jintanmasnis.com
di share untuk novel Resipi Hati ini...



iejay Simply Stated Her Recipe @ 12:20 pm
Resepi Versi Mereka  

Previous Page Next Page
Resepi Hati Dia