Resepi Hati Dia
Friday, September 19, 2008
Resepi Hati Dia - BaB 14

 

Seminggu telah pun berlalu sejak pertengkaran mereka suami isteri tentang hal pemberhentian kerja Adriana hari itu. Erdyzuan, sejak hari itu masih lagi mempamerkan rasa dinginnya terhadap Adriana. Kalau selalunya Erdyzuan itu seorang yang rajin bercerita dengan Adriana, kebelakangan ini perbualan di antar mereka berdua beguitu terhad sekali. Kalau mahu berpesan apa-apa pada Adriana, seboleh mungkin dia akan menulis atas nota atau menghantar SMS sahaja pada isterinya ini. Air muka suaminya itu usahlah di cakap, semedang aje masam. Konon-kononnya nak bagi Adriana silent-treatment lah tu. Isy, Erdyzuan tu tak tahu ke buruk benar rupanya bila dia merajuk sebegitu?

  Namun begitu, dalam tega Erdyzuan menunjuk perasaan dinginnya pada Adriana, setiap malam selepas memastikan yang dirinya telah pun lena, suaminya itu pasti akan menghadiahkan ciuman pada pipinya dan bakal anak mereka (gambaran yang lebih tepat lagi ialah Erdyzuan menghadiahkan ciumannya pada perut Adriana).

 Itu pun Adriana hanya perasan pada beberapa malam yang lepas. Pada malam di mana dia sedang mengalami masalah payah hendak tidur yang mungkin disebabkan oleh penyakit morning sickness versi malamnya itu. Namun dalam kepayahan matanya itu hendak terasa lelap, dia tetap memejamkan matanya rapat dengan harapan dia akan terlena sendiri nanti; dan pada ketika dia cuba melenakan dirinya sendiri itulah tiba-tiba sahaja dia dapat rasakan ada kecupan melekap pada pipi dan perutnya daripada Erdyzuan.

 Mengenangkan kembali tingkah penuh kasih suaminya itu telah membuatkan Adriana mengambil keputusan untuk memikirkan semula permintaan Erdyzuan seminggu yang lalu. Permintaan supaya dia melepaskan sahaja jawatannya di Parkson KLCC itu dan menumpukan perhatiannya pada keluarga mereka. Adriana sedar sesungguhnya keredaan seorang suami itu amat penting pada seorang isteri dan isteri yang jauh daripada keredaan suaminya akan dikutuk oleh sekalian para Malaikat. Maka kerana itulah akhirnya Adriana telah mengambil keputusan untuk akur sahaja pada permintaan Erdyzuan itu.

Lagipun apabila di fikir-fikirkan semula akan permintaan Erdyzuan, terasa ada baik juga kata-kata suaminya itu. Kalau dia tidak lagi bekerja, dia boleh menumpukan sepenuh perhatiannya pada perkembangan bayi mereka kelak. Sedari kecil Adriana sendiri tidak pernah merasa belaian dan perhatian daripada insan yang bergelar ibu bapa. Ada tidak ada pun hanyalah umi, penjaganya di rumah anak yatim tempat dia membesar dahulu. Itu pun dia terpaksa berkongsi kasih dengan hampir 20 orang lagi anak-anak yatim yang turut senasib dengannya di rumah tersebut.

Lalu kerana itulah juga dia semakin membulatkan tekadnya untuk menjaga sendiri sahaja anaknya apabila janin di dalam perutnya ini lahir ke dunia kelak. Dia mahu anaknya ini dan Insya-Allah anak-anaknya yang lain membesar di hadapan matanya sendiri. Tambahan lagi bukankah Edyzuan pun ada tegaskan padanya hari itu yang gaji suaminya itu sudah lebih daripada mencukupi untuk menampung mereka sekeluarga?

Jadi selepas dua bulan daripada hari ini, Adriana akan mula melepaskan jawatannya sebagai Floor Executive di Parkson KLCC. Notis peletakan jawatannya dengan dua bulan notis sudah pun di hantar ke bahagian Sumber Manusia siang tadi. Namun begitu, buat masa ini dia tidak mahu lagi memberitahu Erdyzuan akan keputusannya itu. Apabila tiba masanya kelak iaitu hari terakhir dia bekerja, barulah dia akan membuat kejutan pada suaminya yang tercinta itu.

 

 

 

 

 

Minggu ini adalah giliran Adriana pula untuk bercuti pada hari minggu. Untuk memenuhi hari cutinya hari ini, dia sudah pun merangka misinya. Misinya untuk hari ini adalah memasak makanan yang sedap-sedap dan istimewa sebagai juadah berbuka puasa mereka sekeluarga. Lagipun dia mahu memujuk rajuk Erdyzuan yang dua tiga hari ini sudah nampak kurang sedikit tegang nya. Adriana sememangnya sudah cukup arif yang kemarahan Erdyzuan selalunya mudah sahaja akan cair apabila dilawan dengan hasil masakannya. Untuk itu dia sudah pun merancang untuk hendak memasak udang goreng ala Thai, ikan siakap goreng dengan butter milk sauce serta telur bungkus sebagai menu berbuka puasa khas buat suaminya itu.

Tetapi memandangkan waktu sekarang ini baru sahaja menjangkau ke pukul sepuluh pagi dan kerja masak-memasak itu hanya akan dimulakannya selepas jam tiga petang nanti; Adriana mengambil keputusan untuk pergi mendobi pakaiannya dan Erdyzuan terlebih dahulu. Lalu Adriana terus sahaja mengambil bakul pakaian kotornya yang hampir melimpah penuh isinya daripada dalam biliknya dan dibawanya turun ke bawah dengan penuh berhati-hati sekali.

Adriana sedar di tahap awal kandungannya sebegini dia sememangnya perlu berhati-hati dalam setiap tindak-tanduknya kerana ketika ini kandungannya masih lagi lemah. Kandungannya ini masih lagi di tahap trimester pertama. Jika dia tersilap sedikit sahaja langkah, berkemungkinan besar dia boleh mengalami keguguran dan kehilangan kandungannya ini. Sesungguhnya Adriana tidak sanggup kehilangan permata hatinya ini kerana kandungannya ini cukup bermakna buat dia dan Erdyzuan. Janin di dalam perutnya ini adalah anak pertama dan lambang cinta mereka berdua.

Tetapi entah apa malangnya hari ini, ketika di pertengahan anak tangga yang dituruninya itu, Adriana telah berselisih dengan Ermilza yang kebetulan hendak naik ke tingkat atas. Seperti kebiasaannya, Ermilza akan menayangkan muka tidak mesra alam nya pada Adriana dan dia pula hanya akan buat tidak tahu sahaja akan kewujudan Ermilza itu lalu meneruskan langkahnya ke bawah.

Namun baru sahaja selangkah anak tangga ke bawah dia berpapasan dengan Ermilza, Adriana terasa bahunya seperti di tolak secara kasar dari belakang. Dalam keadaan kedua-dua tangannya yang sedang memegang bakul pakaian kotor yang agak berat itu, Adriana langsung tidak sempat hendak berpaut pada pemegang tangga untuk menahan dirinya daripada terjatuh. Lalu kerana itu dia terus sahaja jatuh tertiarap sehingga ke anak tangga terbawah dengan perutnya terhenyak pada bucu bakul pakaian kotor yang sudah terbalik ketika tubuhnya sedang jatuh ke bawah tadi.

Ketika ini Adriana terasa seperti hendak menangis sahaja. Sakit yang dirasakan akibat terjatuh begitu terasa menggigit-gigit tubuhnya ketika itu. Lebih-lebih lagi pada bahagian abdomen nya dan ke bawah. Namun dalam keadaan matanya yang sedang berpinar-pinar menahan kesakitan, Adriana berusaha sedaya-upayanya untuk mengangkat kepalanya dan memandang ke arah anak tangga tengah. Dapat dilihatnya Ermilza masih lagi berdiri di situ berpeluk tubuh sambil tersenyum dengan penuh sinis padanya. Kemudian, dilihatnya adik iparnya itu terus sahaja meneruskan langkahnya ke tingkat atas seperti langsung tiada apa-apa yang sedang berlaku pada Adriana.

Pada masa yang sama, Adriana melekapkan tangannya pada bahagian perutnya untuk menahan rasa sakit yang begitu mencengkam dirinya ketika ini. Namun tangannya itu tidak lama diamnya di situ kerana saat ini dia dapat merasakan celah kelengkangnya ketika ini begitu basah sekali. Lalu dengan rasa penuh terketar-ketar dia mengalihkan pula tangannya untuk meraba ke bahagian kelengkangnya itu. Apabila dia mengangkat tangannya itu semula dan memandangnya, dia dapat melihat tangannya itu sudah pun dibasahi dengan darah merah pekat.

Di dalam kepalanya ini, dia sudah dapat mengagak apa yang sedang terjadi pada dirinya. Lalu air mata yang di tahan sejak tadi terus sahaja laju membasahi pipinya. Belum sempat dia hendak mengeluarkan suara untuk meminta pertolongan, tiba-tiba di rasakan kepalanya semakin memberat dan pandangan matanya pula semakin berbalam-balam sebelum segalanya menjadi begitu gelap sekali.

Kini Adriana sudah tidak sedarkan dirinya lagi.

 

 

 

 

 

Udang Goreng Ala Thai

 

 

(ini gambar ketam goreng ala -thai)

kualiti gambar tak berapa baik sebab diambil dari kamera handphone :p

 

Bahan-bahan:

Udang / Ketam / Ikan Bawal / Kembung

Untuk membuat sos:

Bawang putih dan merah secukupnya utk menumis

Cili giling (1-2 sudu sahaja)

Serai (2-3 batang diketuk)

Daun limau purut (3-4 helai)

Sos Tomato (tuang aje agak2 bantak mana nak kuah tu)

Sos Cili (Suku daripada Sukatan Sos Tomato)

Cuka (1-2 sudu)

Gula + Garam (untuk perasa)

Bancuhan tepung ubi dan air ( 1-2 sudu tepung ubi larutkan dalam air utk pekatkan kuah)

 

  1. Goreng Udang / Ketam / Ikan (Bawal / Kembung) dengan kunyit, garam /
  2. Kuah ala Thai:  Tumis bawang merah + bawang putih + cili giling
  3. Masukkan Serai +Sos Tomato + Sos Cili + Cuka
  4. Tambah Daun Limau Purut + Gula dan Garam
  5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung ubi untuk pekatkan kuah.
  6. Siap masak kuah boleh tuang atas gorengan tadi atau letak dlm mangkuk berasingan dan buat sebagai pencicah bila nak makan.

 

p/s: Resepi ini daripada salah satu buku masakan iejay tetapi resepi asalnya langsung tak terasa thai-nya. Jadi iejay modified dan tambah sedikit bahan supaya kononnya rasa dia ada bau + rasa makanan thai.... hahaha...

 

 

Ikan Goreng dengan Butter Milk Sauce

 

 

Bahan-bahan:

Ikan Siakap / Kerapu / Bawal (ikan kembung pun boleh juga)

Margarine / Butter/ Planta (2-3 sudu besar)

Daun Kari (3-4 tangkai)

1/2 tin Susu Sejat Cair (dalam tin e.g. Susu Ideal, F&N, Carnation)

Bancuhan tepung ubi dan air ( 1-2 sudu tepung ubi larutkan dalam air utk pekatkan kuah)

 

  1. Goreng ikan dengan kunyit, garam dan tepung sampai garing dan ketepikan.
  2. Sos Butter Milk : Cairkan butter dalam kuali yang separuh panas dan masukkan daun kari, goreng seketika sampai naik bau.
  3. Masukkan susu cair, kacau sekali-sekala sampai sedikit menggelegak.
  4. Masukkan bancuhan tepung ubi sebagi pemekat. Bila dah masak, tuangkan kuah atas ikan goreng tadi.

 

p/s: Resepi ni iejay dapat drp menonton ulang siaran program jalan2 cari makan di suatu pagi ketika tengah bersahur tahun lepas. Yang mengajarnya chef dari Restoran apa entah (tak pasti namanya.. rasa macam Restoran Hornbill; lokasinya di Bandar Utama... ). Senang sangat2 nak dibuat dan rasanya lemak2 manis.     

 

 


Yipee... another entry berjaya di post walaupun iejay tersangat buzy seminggu ni... banyak sangat isu di pejabat dan banyak benar benda nak buat dekat rumah... perut pula asyik main aci gastrik aje dua tiga hari ni...

Hari Raya akan muncul lebih kurang sepuluh hari aje lagi... tapi iejay masih tak ada mood nak beraya/ shopping raya... huwaaa...apa sudah jadi pada diriku ini??? dimanakah semangat shopaholic ku selama ini???

2-3 hari ni dok ulang baca siri shopaholic aje ( shopaholic sisters, confession of shopaholic dan now tengah pulun shopaholic baby.. ) sebab konon-kononnya nak amik mood bershopping + idea utk terus menulis RHD ini...

 

Nacha: Gambar Gong Yoo (uppa coffee prince tu yg dijadikan hero RHD ni) diambil sebab dia selalu berlakon jadi seorang yang nakal + suka memaksa tapi sangat loving...(sangat cute..hehehe) sesuailah dengan Erdyzuan tu...

Adriana tu gambarnya ada dalam imaginasi setiap pembaca sebab kalau iejay amik gambar mana2 perempuan  mesti ada yg tak puas hatinya (e.g. kalauiejay letak gambar fasha ke, jesica alba ke karang ada pula yg tak berkenan Ary tu rupa mcm dia org ---> sila ambil perhatian iejay bukan peminta fasha ya... jessica alba tu may be lah kot ada sedikit...)hahaha...Sesungguhnya jawapan penuh poyo ini yg ditiru drp blog Shopie Kinsella bila dia ditanya kenapa dia tak pernah describe langsung rupa Becky Bloomwood dlm novelnya)...  

Plus Aleya dalam Lagu Cinta tu pun iejay tak pernah tunjuk rupanyakan? *wink*   


iejay Simply Stated Her Recipe @ 12:00 am
Resepi Versi Mereka (1)  

Previous Page Next Page
Resepi Hati Dia